Individu Unggul
Posted by Roslan Ahmad in Uncategorized on May 19, 2011
Dengan menjadi berani bersuara, anda tidak semestinya akan menjadi seorang individu unggul. Namun begitu, setiap individu unggul pasti berani bersuara.
Program Cuti Sekolah Jun 2011
Posted by Roslan Ahmad in Uncategorized on May 17, 2011
Berani Bersuara untuk Dewasa
Posted by Roslan Ahmad in Uncategorized on April 11, 2011
Assalamualaikum, Ramai di kalangan kita sekarang ini berada dalam “level” kerjaya yang sangat memerlukan skil berucap di hadapan orang ramai. Kalau 10 tahun lalu kita sering bercakap-cakap di belakang tentang “boss” kita yang tidak pandai memberikan ucapan, kini giliran kita pula untuk mengambil alih tugas tersebut.
Kita boleh memilih untuk tidak menghiraukan cakap-cakap di belakang kita pula atau kita boleh memilih untuk menjadi seorang boss yang mampu mempengaruhi semua kakitangan mendengar ucapan kita.
Program Berani Bersuara untuk Dewasa ini bukanlah bertujuan untuk mengajar tuan/puan bagaimana untuk memberikan ucapan tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman semua peserta. Yang lebih penting, ia akan bertindak sebagai platform untuk kita sama-sama mendapat maklumbalas daripada peserta lain dan kita akan dapat sama-sama memperbaiki mutu ucapan kita berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima itu.
Sebagai permulaan, adalah dicadangkan satu program “awareness” diadakan pada 24 April 2011 jam 9.00 pagi hinga 12.30 tengahari di KIDAS Surau Al-Hidayah. “Target” peserta adalah di kalangan lepasan sekolah hingga kepada semua yang sedang bekerja tidak kira apa peringkat sekalipun (termasuklah yang bekerja sendiri).
Kepada yang berminat untuk menyertainya, bolehlah menghubungi saya Roslan Ahmad di talian 013.6741.585 dan email roslanahmadplf at gmail dot com.
Berkenaan bayaran menyertai program “awareness” ini, Tuan/puan akan menentukan sendiri sumbangan yang Tuan/Puan dapat berikan selepas tamat program ini dan semua sumbangan Tuan/Puan itu akan disalurkan terus kepada Surau Al-Hidayah Saujana Utama sebagai bayaran sewaan KIDAS dan projektor.
Sekian.
Program Mingguan Berani Bersuara!
Posted by Roslan Ahmad in Uncategorized on March 30, 2011
Assalamualaikum,
Saya telah mendapat sms daripada Puan Suri bertanyakan tentang program Berani Bersuara! yang seterusnya. Saya hanya mampu menjawab, setakat ini program tersebut hanya akan dibuat pada cuti sekolah bulan Jun nanti. Tanya Puan Suri lagi… kenapa tak buat weekend so that student boleh selalu practice?
Berpunca dari sms ini, saya mula terfikir… kalau parents sanggup hantar anak mereka berlatih bolasepak setiap minggu, pasti ada yang mahu anaknya berlatih bercakap depan orang ramai pada setiap minggu juga! Saya telah mula membayangkan kehadiran pelajar-pelajar sekolah setiap minggu ke program Berani Bersuara! Bermula dengan sedikit pengenalan dan “ice-breaking”, program diteruskan dengan ucapan semua pelajar selama 3 minit setiap seorang. Saya juga membayangkan pada minggu-minggu awal pasti ramai yang masih kelihatan gugup. Selepas 3 atau 4 kali berucap, saya boleh nampak sekarang ni betapa hebatnya anak-anak ini berdiri dengan yakin dan memberikan satu ucapan yang sangat menarik.
Baiklah… kita akan memulakan kelas mingguan pada bulan Mei ini. Setiap bulan kelas akan diadakan sebanyak 3 kali. Buat permulaan ini, kelas akan diadakan setiap ahad kedua, ketiga dan keempat selama 2 jam bermula pukul 10 pagi. Saya buka kepada semua pelajar dari tahun 5 hingga ke tingkatan 5. Apabila bilangan pelajar sudah bertambah kelak, saya akan asingkan kelas mengikut kumpulan umur yang lebih sesuai.
Persoalan yang lebih utama sekarang ialah.. berapakah bayaran yang patut dikenakan? Buat masa ini saya sendiri belum dapat tetapkannya kerana ia bergantung kepada tempat yang akan digunakan untuk kelas ini kelak. Andai kata pihak surau Al-Hidayah beri keizinan kepada kita untuk menjalankan program di kelas KIDAS secara percuma, maka.. kita semua akan hadir ke kelas ini secara percuma juga! Minuman dan makanan ringan sila bawa dari rumah ya
BERANI BERSUARA! Satu Program Pengucapan Awam untuk Pelajar Sekolah
Posted by Roslan Ahmad in Uncategorized on March 3, 2011
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Berani Bersuara! ini.
Berani Bersuara! adalah satu program pengucapan awam untuk pelajar sekolah. Program ini saya rangka khas buat anak-anak kita kerana ia adalah skil yang dimiliki oleh semua orang yang sudah berjaya dan wajib dimiliki oleh setiap manusia yang ingin berjaya. Lihat di sekeliling anda dan anda pasti bertemu tokoh-tokoh yang berjaya kerana keberaniannya bersuara ATAU manusia berjaya yang pendiam ( misalnya pakar berniaga secara online ) tetapi akhirnya terpaksa memberanikan diri bersuara kerana masyarakat ingin belajar daripadanya.
Yang ironinya, ramai orang menyedari akan kepentingan Berani Bersuara ini tetapi tidak ramai yang Berani Bersuara! Justeru itu, bagi memberi pendedahan awal terhadap kepentingan dan teknik menguasai skil pengucapan awam, program “Berani Bersuara! Satu Program Pengucapan Awam untuk Pelajar Sekolah” ini diwujudkan.
Program pengucapan awam yang unik ini adalah berteraskan kepada Strategi 3B iaitu:-
i) Berani
ii) Bersuara
iii) Berpengaruh.
Ketiga-tiga strategi ini akan disampaikan dalam suasana pembelajaran dua hala yang ceria dengan menggunakan pelbagai kaedah belajar seperti syarahan, tayangan video, permainan, perbincangan dalam kumpulan, persembahan individu dan sebagainya. Ini akan memastikan semua peserta mendapat pendedahan yang sewajarnya dan melibatkan diri secara langsung sepanjang program berjalan.
Setelah menghadiri program Berani Bersuara!, para peserta akan dapat mencapai objektif-objektif berikut:-
- Mengetahui mengapa skil pengucapan awam diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya.
- Mempelajari teknik-teknik mengatasi perasaan TAKUT bersuara di khalayak ramai.
- Mengetahui apakah elemen-elemen bagi menghasilkan suatu ucapan yang berpengaruh.
- Mengetahui persediaan yang perlu dibuat sebelum memberikan pengucapan awam.

